Tuesday, November 3, 2009

Artikel 6

THE DIGITAL AGES OF MAN
By Richard Naish


Mengambil ungkapan Richard Naish, dapat difahami bahawa pelajar masa kini yang lahir dan membesar di era teknologi informasi- komunikasi maya-multimedia-Internet(dari kalangan Generasi Y), digelar Digital Native Learners(DN) dan para guru mereka masa kini(yang berpengalaman sebagai guru dan pelatih di pra-teknologi informasi dan kini masih aktif sebagai guru) digelar Digital Immigrant Teachers(DI).

Persoalannya, mengambil dari sikap, cara pembelajaran, minat dan kecenderungan DN, apakah corak pembelajaran yang sesuai terutama melalui E-Learning, kepada DI? Inilah cabaran bagi DN. Pertembungan dua generasi yang berbeza sikap, sifat dan minat harus diselesaikan untuk kepentingan pembelajaran.

Apakah sifat DN terutama dari segi informasi dan pembelajaran?
Memilih untuk menerima informasi dengan cepat dari pelbagai sumber multimedia.
Memilih perseimbangan dalam proses dan kepelbagaian tugas.
Lebih gemar kepada gambar/grafik, bunyi/suara dan video berbanding teks.
Gemar mengakses kepada pelbagai cabang dan hubungan multimedia.
Gemar berinteraksi dan mengadakan jalinan hubungan serentak dengan berbagai-bagai orang dan punca.
Lebih suka belajar ‘just in time.’
Gemar memilih ganjaran serta-merta
Lebih gemar kepada proses pembelajaran yang relevan, cepat, berguna dan menyeronokkan.
Bagaimana pula dengan sikap dan sifat DI, terutama dalam soal pengajaran? Golongan ini kelihatannya agak konservatif berbanding DN. Mereka cenderung bersikap berhati-hati, perlahan dalam menyampaikan maklumat dan gemar menjalankan tugas secara berperingkat-peringkat, bersendirian tanpa jalinan hubungan yang pelbagai. Dari segi multimedia, mereka lebih gemar kepada teks berbanding gambar/grafik dan suara. DI juga gemar menggunakan kurikulum sedia ada tanpa inisiatif kreativiti sendiri.

Oleh yang demikian, bagi suasana pembelajaran yang baik, terutama dalam e-learning DI harus belajar dan mengenal pasti kehendak dan minat DN agar membuahkan hasil yang menguntungkan kedua-dua pihak. Tidak harus timbul keraguan dikalangan DN bahawa cara DI sudah ketinggalan zaman.


Sunday, November 1, 2009

Artikel 5

CONVERGENCE OF VOICE AND DATA
TELECOMMUNICATIONS TRANSMISSIONS

Cara berkomunikasi dalam masyarakat moden masa kini mengalami perubahan yang begitu mendadak akibat dari perkembangan pesat dalam teknologi komunikasi. Tuntutan semasa masyarakat terhadap kecanggihan teknologi komunikasi memaksa pihak yang menyediakan infrastruktur telekomunikasi berusaha berlipat kali ganda bagi memenuhi keperluan tersebut.

Masyarakat moden hari ini, tanpa mengira batas sempadan geografi dan politik adalah sebuah masyarakat berinformasi tinggi yang sentiasa peka dan mahukan kecanggihan dalam teknologi komunikasi. Sama ada masyarakat masa mahupun para peniaga dan usahawan, kemudahan untuk berakses kepada maklumat bukan sahaja sentiasa diperlukan, malah informasi tersebut perlulah tepat, cepat dan cekap. Mereka cenderung menggemari ‘mobile information.’

Melihatkan kepada ‘trend’ ini, para penyedia infrastruktur sentiasa berusaha dan memikirkan keupayaan dan kapasiti mereka dalam penyediaan infrastruktur komunikasi terutama dalam pemusatan serta pemindahan suara dan data. Microsoft dan beberapa syarikat gergasi komunikasi misalnya telah berpadu tenaga memperkenalkan Internet 2- suatu usaha pembinaan jalinan hubungan maya berkapasiti 1000 kali ganda berbanding hari ini.

Malah syarikat-syarikat seperti AT & T dan Motorola kini bersedia mempelbagaikan bidang perniagaan mereka terutama dalam penyediaan komunikasi tanpa wayar(wireless communication)

Sebagai contoh, penggunaan ‘palmcorder’ dalam urusan perniagaan, penggunaan meluas Internet, letupan dalam revolusi telefon tangan, pertambahan pengguna terhadap ‘e-commerce’ dan laman web.

Selain dari itu penggunaan ‘cable television,’ bukan saja melengkapkan kehidupan moden di rumah, tetapi juga membolehkan kerancakan dalam dunia hiburan dan sukan, malah di dunia pendidikan.

Sementara itu, kemunculan CLEC’s(competitive local exchange carriers), infrastruktur telekomunikasi, pemaju dalam urusan pertukaran data dan suara, merancakkan lagi dunia teknologi komunikasi.

Pelaburan berbilion-bilion ringgit nampaknya amat berbaloi, bukan sahaja menyumbang kepada kepesatan ekonomi dunia malah masyarakat moden hari ini ditenggelami corak kehidupan moden yang tidak pernah dijangka.
Luahan: Bob Cullen

Wallahhualam.

Saturday, October 31, 2009

Artikel 4

Facilitating Long Distance Relationship between Malaysia Grandparent
And Grandchildren Living in the UK through Computer Mediated
Communication


Kajian ini ditulis oleh Sri Hastuti Kurniawan dan Nazean Jomhari dari Manchester Busines School, University of Manchester, UK mengenai hubungan antara cucu yang belajar di UK, dan datuk di Malaysia.

Mengikut kajian yang dijalankan oleh penulis kebanyakan pelajar kita yang menuntut di UK dan Ireland dimana sebanyak 46% berbanding 27% di U.S. dan 15% di Aurstalia. Oleh kerana jarak yang begitu jauh, maka dengan adanya kecanggihan teknologi masa kini dapat merapatkan hubungan antara GC dan GP . Antara teknologi yang digunakan di mana mengikut kajian yang dijalankan adalah seperti :-

Internet
yahoo messenger
window live messenger
sidang video

Melalui teknologi terkini hubungan GC dan GP dapat dieratkan disamping menjimatkan masa dimana mereka boleh berinteraksi bila-bila masa sahaja. Berbanding di era 1980 an mengikut kajian penulis GC dan GP memerlukan belanja yang banyak untuk berhubung antara satu sama lain dimana terpaksa menggunakan talian telefon biasa, menulis surat yang memakan masa untuk sampai atau yang berkemampuan sanggup membeli tiket kapal terbang untuk melawat cucu di luar negara. Kecanggihan era teknologi komunikasi membawa era perubahan yang begitu besar di dalam kehidupan masa kini sehinggakan tidak ada jurang pemisah walaupun GC dan GP duduk di jarak yang beribu batu.

GC alaf ini amat bertuah kerana dapat menikmati kemudahan teknologi masa kini untuk berhubung antara satu sama lain di samping menjimatkan masa. Teknologi komunikasi kini banyak memberi sumbangan kepada dunia hari ini tidak kira dalam apa jua bidang terutama di dalam pendidikan sehinggalah dalam hubungan kasih sayang seperti GC dan GP . Untuk memudahkan lagi hubungan GC dan GP pendedahan penggunaan seperti persidangn video, hendaklah diberi kepada GP bagi memudahakan untuk berhubung dengan GC.
Artikel 3

TEKNOLOGI KOMUNIKASI MEMBANTU CARA BERKOMUNIKASI!


Teknologi komunikasi dikatakan merupakan suatu alat mahupun sebagai salah suatu cara memperkemaskan lagi cara berkomunikasi. Adakah benar? Lihat sahaja bagaimana keupayaan telefon, e-mel, mel-suara, tele-sidang, telefon tangan, internet dan sebagainya, membantu dan merancakkan lagi gaya komunikasi pada hari ini.

Namun, perkembangan ini tampaknya membimbangkan! E-mel misalnya, walaupun berupaya menjadikan hubungan komunikasi pantas tetapi tidak begitu menyerlahkan penekanan dan perasaan pihak yang berkomunikasi. Situasi ini mendorong kepada buruk sangka dan salah faham di antara pihak yang berhubung. Kedua, ia merupakan langkah ke belakang dalam hubungan inter-personal. Kenapa tidak? Ini adalah kerana hubungan personal antara muka tidak berlaku.

Mengambil contoh yang mudah, perbualan melalui telefon dengan nada suara yang kuat di tempat awam boleh menganggu ketenteraman orang lain!

Seterusnya, tele sidang dikatakan cara bermesyuarat atau berbincang secara lebih efektif kerana ia menjimatkan wang, masa dan tenaga. Namun, mengelak dari bersemuka dalam bilik mesyuarat, sebenarnya dapat mengurangkan tahap salah faham dan perbalahan.



Apakah penggunaan teknologi memudaratkan kesihatan? Bagaimana pula dengan para pelajar yang sentiasa terpaku di depan komputer, asyik melayari Internet dan bermain permainan video sehingga berjam-jam lamanya! Pemasalahannya, bukan sahaja kesihatan mereka terjejas dengan keadaan badan yang semakin gemuk dan sebagainya tetapi kecenderungannya ialah mereka akan ketinggalan ke belakang dalam kemahiran bersosial.

Sebenarnya, sukar untuk menjelaskan tentang kesan teknologi komunikasi di masa hadapan. Apakah juga akan turut memberi kesan terhadap perhubungan dan komunikasi sekeluarga?

Namun, walau apa sekalipun, pokok pangkalnya adalah manusia, bukan alat!

LUAHAN HELEN WILKIE

Monday, October 19, 2009

HIGHLY- CHERISHED

Di era globalisasi ini, pelbagai teknologi telah dicipta oleh manusia bagi memenuhi kehendak dan keperluan mereka untuk melakukan aktiviti seharian. Antara teknologi yang paling penting atau digemari oleh setiap manusia ialah gajet elektronik. Contoh gajet seperti ini ialah telefon bimbit, MP3, iPod, PDA, computer riba dan permainan video. Setiap gajet ini memunyai kepentingannya tersendiri selain dapat menghiburkan diri kita. Permainan video sememangnya merupakan gajet yang paling digemari oleh anak muda pada zaman sekarang ini, ia kerana permainan ini dapat melahirkan kepuasan dalam diri mereka, mengurangkan tekanan terutamanya selepas melakukan kerja seharian dan juga dapat mengisi masa yang lapang. Selain itu, MP3 dan iPod juga merupakan antara gajet yang popular. MP3 dan iPod berfungsi untuk mengisi lagu dan video untuk dimainkan. Ini dapat memberikan kepuasan kepada pengguna kerana mereka boleh dengar lagu yang disukai berulang kali dan boleh mengisi lagu-lagu kegemaran terutamanya lagu-lagu baru. Seterusnya, telefon bimbit dan PDA merupakan gajet yang terpenting sekali bagi setiap manusia. Gajet ini dapat menghubungkan mereka dengan orang dan dapat menetapkan jadual kerja supaya tidak lupa selain dapat menyimpan data peribadi. Di samping itu, komputer riba juga penting terutamanya kepada pelajar dan usahawan. Mereka dapat menyiapkan tugasan dengan cepat kerana komputer riba dapat dibawa ke mana-mana selain dapat disambungkan ke internet sekaligus senang untuk menyiapkan kerja dan kajian.
KOMUNIKASI DI ERA BARU


Generasi baru(muda) memasuki sektor pekerjaan membawa bersama harapan baru dalam cara bekerja. Perbezaan generasi di sektor pekerjaan dikatakan memberi impak kepada amalan di tempat kerja mahupun kepada para komunikator. Berdasarkan temu bual dengan Carol Kinsey Goman, seorang Perunding Pengurusan, artikel ini cuba mengulas isu tersebut.

Di tempat kerja masa kini dihuni oleh empat generasi yang diklafikasikan melalui tarikh kelahiran;
Generasi Veteran (1927-1945)
Baby Boomers (1946-1964)
Generasi X (1965-1983)
Generasi Y (1984-masa kini)

Menurut Goman, perbezaan generasi membawa kepada perbezaan cara berkomunikasi dan bagi berdepan dengan situasi ini adalah bergantung sepenuhnya tentang bagaimana majikan berkomunikasi dengan para pekerjanya. Generasi Y dikatakan menjana perubahan berkomunikasi dari aliran informasi bersemuka kepada cara yang tidak begitu formal dan dengan menggunakan pendekatan kerjasama(kolaborasi). Keadaan ini berlaku kerana struktur organisasi di Generasi Veteran bersifat kepelbagaian hirarki di mana aliran komunikasi dikawal dan melalui pelbagai peringkat. Sementara pada Generasi Baby Boomers, perletakan harapan terhadap majikan menjadikan hirarki
syarikat kurang efektif namun berlaku peningkatan dalam memahami kepentingan nilai dan visi syarikat. Situasi ini berlaku juga disebabkan keempat generasi ini berada dilingkungan ekonomi dan persekitaran kerja yang berbeza. Sementara Generasi Y, di samping menyedari tentang kepentingan nilai dan visi syarikat, juga berkehendakan kepada corak dan persekitaran kerja yang lebih baik.

Generasi Y dikatakan membawa atau merubah cara majikan berkomunikasi dengan pekerjanya. Ini adalah kerana Generasi Y bekerja dalam lingkaran kecanggihan teknologi. Teknologi telah merubah pandangan dan pemahaman serta cara berkomunikasi. Teknologi juga menjana perubahan dari komunikasi kepada kerjasama(kolaborasi). Teknologi misalnya membawa komputer dan informasi(IT) ke sektor pekerjaan. Melalui komputer dan teknologi informasi;
memudahkan pelaksanaan tugas
berupaya memperoleh ilmu pengetahuan dan maklumat
berupaya menjalankan pelbagai tugas(multi-task)
berupaya merubah cara memahami sesuatu perkara dan keadaan dan cara berkomunikasi

Malah penggunaan e-mel dikatakan sudah ketinggalan zaman dan ia kini beralih kepada sistem pesanan ringkas dan blog.

Sementara itu, kehadiran Generasi Y ke sektor pekerjaan membawa cara baru berkomunikasi di tempat kerja. Cara berkomunikasi dengan Generasi Y dikatakan harus tidak bersifat ‘pasif’ atau ‘menolak’ tetapi kepada ‘aktif’ dan ‘tarikan.’ Generasi Y gemar kepada penglibatan yang aktif apabila menerima maklumat dan jika situasi sebaliknya mereka akan terus hilang minat. Oleh yang demikian masa kini, pihak universiti makin menyedari tentang keperluan perubahan dalam pembelajaran seperti memperkenalkan corak pembelajaran yang lebih cenderung kepada ciri-ciri hiburan(edutainment) dan cara lain yang lebih menarik dan berbeza.

Generasi Y yang telah sepenuhnya terlibat dengan teknologi sejak kecil dan apabila mereka memasuki alam pekerjaan, mereka tidak lagi bergantung pada hirarki/rantaian arahan, tetapi terus kepada saluran dan punca sumber atau kepada penyelia, dengan harapan untuk melibatkan diri. Goman begitu yakin bahawa komunikasi melalui kerjasama di tempat kerja adalah diinisiatifkan oleh generasi ini dan diserap oleh organisasi. Kata Goman lagi, bahawa transformasi(perubahan) di tempat kerja proses dua hala iaitu; pekerja memasuki sektor pekerjaan dengan harapan dan matlamat jelas. Sekiranya ini tidak ditemui, sama ada mereka berusaha untuk penyesuaian ataupun berhenti terus. Sebarang kemahuan mahupun perubahan secara beransur-ansur diserap ke dalam seluruh organisasi.

Perubahan dalam komunikasi dalaman didorongi, pertama ialah teknologi, kedua oleh generasi dalam organisasi(berkaitan dengan harapan dan cara mereka berkomunikasi).

Sementara itu, Generasi Y begitu meragui tentang ungkapan-ungkapan popular yang selalu digunakan dalam organisasi, sebaliknya mereka memilih saluran yang betul, berpandukan cadangan pihak atasan dan memperoleh maklumat secara yang lebih mudah: lebih kepada proses kurang formal. Untuk berkomunikasi dengan Generasi Y, Goman percaya “mereka perlukan penglibatan awal dan menjadi sebahagian darinya(dialog)” Komunikator dalaman harus membuat analisa tentang jalinan sosial, mengenal pasti si pengaruh dan menggunakan saluran bersama sesiapa saja. Generasi Y, dengan itu akan mempercayai satu sama lain.

Situasi yang dibincangkan ini akhirnya akan mengakibatkan silang-generasi. Menurut Goman, usaha merubah corak komunikasi sedia ada, yang telah begitu selesa, adalah sukar. Baby Boomer dan Veteran misalnya yang telah terbiasa dengan pendekatan komunikasi mereka tersendiri. Oleh yang demikian, para pengurus seharusnya, sama ada membiarkan pemisahan ini ataupun mewujudkan corak komunikasi untuk semua generasi. Akibat silang-generasi, penyebaran data dan maklumat pekerja memerlukan alasan yang kukuh, yang boleh dipercayai oleh semua pekerja. Goman memberi contoh bagaimana Generasi X yang mahukan cara e-mel untuk berkomunikasi tetapi bagi Baby Boomers, mereka sudah selesa dengan cara bersemuka. Ini menggambarkan bagaimana para pengurus menggunakan metod komunikasi berbeza dengan para pekerjanya.

Situasi ini akhirnya menimbulkan pemisahan. Misalnya bagi mereka yang hampir bersara ataupun yang enggan berubah secara langsung meminggirkan diri mereka. Keengganan untuk berubah merupakan salah satu isu sukar yang dihadapi oleh para komunikator, terkecuali seandainya para pekerja ini mengemukakan alasan dengan menyatakan bahawa setiap generasi adalah berbeza dan mempunyai nilai dan cara berkomunikasi tersendiri. Dengan itu, para majikan yang ingin memancing bakal pekerja (graduan universiti) seharusnya mengetahui tentang perubahan komunikasi sebagaimana yang dimahukan oleh bakal pekerja tersebut.

Akhirnya Goman berkata, sebenarnya,tiada pemisahan dalam komunikasi. Pemisahan adalah jurang generasi. Ini adalah dua isu berbeza. Sememangnya mereka terpisah namun tumpuan komunikasi adalah pada generasi tertentu.

Kata Goman, “ saya belum pernah bercakap dengan para komunikator yang mampu mengambil dan menggaji pekerja; persoalannya apakah mahu mengikut kehendak pengurus ataupun berusaha menghapuskan pemisahan itu.”