Tuesday, November 3, 2009

Artikel 6

THE DIGITAL AGES OF MAN
By Richard Naish


Mengambil ungkapan Richard Naish, dapat difahami bahawa pelajar masa kini yang lahir dan membesar di era teknologi informasi- komunikasi maya-multimedia-Internet(dari kalangan Generasi Y), digelar Digital Native Learners(DN) dan para guru mereka masa kini(yang berpengalaman sebagai guru dan pelatih di pra-teknologi informasi dan kini masih aktif sebagai guru) digelar Digital Immigrant Teachers(DI).

Persoalannya, mengambil dari sikap, cara pembelajaran, minat dan kecenderungan DN, apakah corak pembelajaran yang sesuai terutama melalui E-Learning, kepada DI? Inilah cabaran bagi DN. Pertembungan dua generasi yang berbeza sikap, sifat dan minat harus diselesaikan untuk kepentingan pembelajaran.

Apakah sifat DN terutama dari segi informasi dan pembelajaran?
Memilih untuk menerima informasi dengan cepat dari pelbagai sumber multimedia.
Memilih perseimbangan dalam proses dan kepelbagaian tugas.
Lebih gemar kepada gambar/grafik, bunyi/suara dan video berbanding teks.
Gemar mengakses kepada pelbagai cabang dan hubungan multimedia.
Gemar berinteraksi dan mengadakan jalinan hubungan serentak dengan berbagai-bagai orang dan punca.
Lebih suka belajar ‘just in time.’
Gemar memilih ganjaran serta-merta
Lebih gemar kepada proses pembelajaran yang relevan, cepat, berguna dan menyeronokkan.
Bagaimana pula dengan sikap dan sifat DI, terutama dalam soal pengajaran? Golongan ini kelihatannya agak konservatif berbanding DN. Mereka cenderung bersikap berhati-hati, perlahan dalam menyampaikan maklumat dan gemar menjalankan tugas secara berperingkat-peringkat, bersendirian tanpa jalinan hubungan yang pelbagai. Dari segi multimedia, mereka lebih gemar kepada teks berbanding gambar/grafik dan suara. DI juga gemar menggunakan kurikulum sedia ada tanpa inisiatif kreativiti sendiri.

Oleh yang demikian, bagi suasana pembelajaran yang baik, terutama dalam e-learning DI harus belajar dan mengenal pasti kehendak dan minat DN agar membuahkan hasil yang menguntungkan kedua-dua pihak. Tidak harus timbul keraguan dikalangan DN bahawa cara DI sudah ketinggalan zaman.


No comments:

Post a Comment