Saturday, October 31, 2009

Artikel 3

TEKNOLOGI KOMUNIKASI MEMBANTU CARA BERKOMUNIKASI!


Teknologi komunikasi dikatakan merupakan suatu alat mahupun sebagai salah suatu cara memperkemaskan lagi cara berkomunikasi. Adakah benar? Lihat sahaja bagaimana keupayaan telefon, e-mel, mel-suara, tele-sidang, telefon tangan, internet dan sebagainya, membantu dan merancakkan lagi gaya komunikasi pada hari ini.

Namun, perkembangan ini tampaknya membimbangkan! E-mel misalnya, walaupun berupaya menjadikan hubungan komunikasi pantas tetapi tidak begitu menyerlahkan penekanan dan perasaan pihak yang berkomunikasi. Situasi ini mendorong kepada buruk sangka dan salah faham di antara pihak yang berhubung. Kedua, ia merupakan langkah ke belakang dalam hubungan inter-personal. Kenapa tidak? Ini adalah kerana hubungan personal antara muka tidak berlaku.

Mengambil contoh yang mudah, perbualan melalui telefon dengan nada suara yang kuat di tempat awam boleh menganggu ketenteraman orang lain!

Seterusnya, tele sidang dikatakan cara bermesyuarat atau berbincang secara lebih efektif kerana ia menjimatkan wang, masa dan tenaga. Namun, mengelak dari bersemuka dalam bilik mesyuarat, sebenarnya dapat mengurangkan tahap salah faham dan perbalahan.



Apakah penggunaan teknologi memudaratkan kesihatan? Bagaimana pula dengan para pelajar yang sentiasa terpaku di depan komputer, asyik melayari Internet dan bermain permainan video sehingga berjam-jam lamanya! Pemasalahannya, bukan sahaja kesihatan mereka terjejas dengan keadaan badan yang semakin gemuk dan sebagainya tetapi kecenderungannya ialah mereka akan ketinggalan ke belakang dalam kemahiran bersosial.

Sebenarnya, sukar untuk menjelaskan tentang kesan teknologi komunikasi di masa hadapan. Apakah juga akan turut memberi kesan terhadap perhubungan dan komunikasi sekeluarga?

Namun, walau apa sekalipun, pokok pangkalnya adalah manusia, bukan alat!

LUAHAN HELEN WILKIE

No comments:

Post a Comment