Tuesday, November 3, 2009

Artikel 6

THE DIGITAL AGES OF MAN
By Richard Naish


Mengambil ungkapan Richard Naish, dapat difahami bahawa pelajar masa kini yang lahir dan membesar di era teknologi informasi- komunikasi maya-multimedia-Internet(dari kalangan Generasi Y), digelar Digital Native Learners(DN) dan para guru mereka masa kini(yang berpengalaman sebagai guru dan pelatih di pra-teknologi informasi dan kini masih aktif sebagai guru) digelar Digital Immigrant Teachers(DI).

Persoalannya, mengambil dari sikap, cara pembelajaran, minat dan kecenderungan DN, apakah corak pembelajaran yang sesuai terutama melalui E-Learning, kepada DI? Inilah cabaran bagi DN. Pertembungan dua generasi yang berbeza sikap, sifat dan minat harus diselesaikan untuk kepentingan pembelajaran.

Apakah sifat DN terutama dari segi informasi dan pembelajaran?
Memilih untuk menerima informasi dengan cepat dari pelbagai sumber multimedia.
Memilih perseimbangan dalam proses dan kepelbagaian tugas.
Lebih gemar kepada gambar/grafik, bunyi/suara dan video berbanding teks.
Gemar mengakses kepada pelbagai cabang dan hubungan multimedia.
Gemar berinteraksi dan mengadakan jalinan hubungan serentak dengan berbagai-bagai orang dan punca.
Lebih suka belajar ‘just in time.’
Gemar memilih ganjaran serta-merta
Lebih gemar kepada proses pembelajaran yang relevan, cepat, berguna dan menyeronokkan.
Bagaimana pula dengan sikap dan sifat DI, terutama dalam soal pengajaran? Golongan ini kelihatannya agak konservatif berbanding DN. Mereka cenderung bersikap berhati-hati, perlahan dalam menyampaikan maklumat dan gemar menjalankan tugas secara berperingkat-peringkat, bersendirian tanpa jalinan hubungan yang pelbagai. Dari segi multimedia, mereka lebih gemar kepada teks berbanding gambar/grafik dan suara. DI juga gemar menggunakan kurikulum sedia ada tanpa inisiatif kreativiti sendiri.

Oleh yang demikian, bagi suasana pembelajaran yang baik, terutama dalam e-learning DI harus belajar dan mengenal pasti kehendak dan minat DN agar membuahkan hasil yang menguntungkan kedua-dua pihak. Tidak harus timbul keraguan dikalangan DN bahawa cara DI sudah ketinggalan zaman.


Sunday, November 1, 2009

Artikel 5

CONVERGENCE OF VOICE AND DATA
TELECOMMUNICATIONS TRANSMISSIONS

Cara berkomunikasi dalam masyarakat moden masa kini mengalami perubahan yang begitu mendadak akibat dari perkembangan pesat dalam teknologi komunikasi. Tuntutan semasa masyarakat terhadap kecanggihan teknologi komunikasi memaksa pihak yang menyediakan infrastruktur telekomunikasi berusaha berlipat kali ganda bagi memenuhi keperluan tersebut.

Masyarakat moden hari ini, tanpa mengira batas sempadan geografi dan politik adalah sebuah masyarakat berinformasi tinggi yang sentiasa peka dan mahukan kecanggihan dalam teknologi komunikasi. Sama ada masyarakat masa mahupun para peniaga dan usahawan, kemudahan untuk berakses kepada maklumat bukan sahaja sentiasa diperlukan, malah informasi tersebut perlulah tepat, cepat dan cekap. Mereka cenderung menggemari ‘mobile information.’

Melihatkan kepada ‘trend’ ini, para penyedia infrastruktur sentiasa berusaha dan memikirkan keupayaan dan kapasiti mereka dalam penyediaan infrastruktur komunikasi terutama dalam pemusatan serta pemindahan suara dan data. Microsoft dan beberapa syarikat gergasi komunikasi misalnya telah berpadu tenaga memperkenalkan Internet 2- suatu usaha pembinaan jalinan hubungan maya berkapasiti 1000 kali ganda berbanding hari ini.

Malah syarikat-syarikat seperti AT & T dan Motorola kini bersedia mempelbagaikan bidang perniagaan mereka terutama dalam penyediaan komunikasi tanpa wayar(wireless communication)

Sebagai contoh, penggunaan ‘palmcorder’ dalam urusan perniagaan, penggunaan meluas Internet, letupan dalam revolusi telefon tangan, pertambahan pengguna terhadap ‘e-commerce’ dan laman web.

Selain dari itu penggunaan ‘cable television,’ bukan saja melengkapkan kehidupan moden di rumah, tetapi juga membolehkan kerancakan dalam dunia hiburan dan sukan, malah di dunia pendidikan.

Sementara itu, kemunculan CLEC’s(competitive local exchange carriers), infrastruktur telekomunikasi, pemaju dalam urusan pertukaran data dan suara, merancakkan lagi dunia teknologi komunikasi.

Pelaburan berbilion-bilion ringgit nampaknya amat berbaloi, bukan sahaja menyumbang kepada kepesatan ekonomi dunia malah masyarakat moden hari ini ditenggelami corak kehidupan moden yang tidak pernah dijangka.
Luahan: Bob Cullen

Wallahhualam.